Pendaftaran Syarikat | Penubuhan Syarikat | Pemerbadanan Syarikat di Malaysia

Mendaftar sesebuah syarikat di Malaysia boleh menjadi sesuatu yang cukup kompleks, sama ada anda ingin menubuhkan satu jenama syarikat yang baru ataupun memindahkan syarikat sedia ada anda kepada sebuah syarikat yang beroperasi di Malaysia.
Tambahan lagi, dengan pelbagai keperluan serta prosedur yang agak rumit untuk diselesaikan dalam jangka masa yang tertentu, pendaftaran sesebuah syarikat boleh menjadi sesuatu yang sukar dan menyusahkan.
Malahan terlepas pandang akan sesuatu hal dalam proses pendaftaran syarikat juga boleh menyebabkan permohonan terbatal seterusnya segala usaha gigih dan masa terluang anda menjadi sia-sia.
Oleh yang demikian, VentureHaven mampu mengatasi segala masalah dan kesukaran dengan membantu anda dalam melaksanakan proses pendaftaran syarikat anda dan memastikan segala proses berjalan dengan lancar dan efisyen – dengan menjadikan kami sebagai ejen penyelesaian sepanjang perjalanan penubuhan syarikat anda!

Pakej pemerbadanan syarikat yang kami tawarkan adalah berpatutan dari segi nilai dan perkhidmatan.



Your Text

Korporat 

RM2880

Pekej kami yang paling popular

Percuma 12 bulan perkhidmatan setiausaha syarikat TAMBAHAN: 


Carian Nama dan Tempahan Nama di SSM

Termasuk Bayaran Pendaftaran SSM (RM1000)

Maklumat Korporat SSM

Perlembagaan Syarikat

Resolusi Lembaga Pengarah yang pertama

Mengaturkan temu janji dengan ejen bank

Penyata Tahunan bagi tahun pertama

Satu (1) tahun alamat berdaftar di JB | KL

Pengurusan surat-menyurat dan notifikasi email

Termasuk yuran pemfailan di SSM

Cop syarikat

Premium

RM8880

Satu Harga Tetap Tanpa Mengira

Pendapatan Tahunan


Semua yang termasuk dalam pakej Korporat dengan tambahan perkhidmatan berikut:




Simpan Kira Bermula


Pengauditan Cukai


Kompilasi Cukai dan Pemfailan


Apakah yang Diperlukan untuk Memulakan Syarikat?

Syarikat Sendirian Berhad adalah entiti perniagaan yang kebiasaannya menjadi pilihan untuk didaftarkan di Malaysia. Bukan sekadar hanya bercirikan pengasingan entiti antara syarikat dan pemilik, malahan pemegang saham juga tidak berisiko menanggung liabiliti dan kerugian syarikat melainkan jumlah modal yang telah dilaburkan.

Untuk mendaftar syarikat di Malaysia sebagai sebuah Syarikat Sendirian Berhad, anda perlu memastikan nama syarikat anda diluluskan dan
segala dokumen yang diperlukan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk pendaftaran syarikat disediakan. Setelah kedua-dua permohonan nama dan pendaftaran syarikat diluluskan oleh SSM, anda boleh meneruskan proses seterusnya iaitu membuka akaun bank syarikat, memohon lesen perniagaan ,mendaftar SST dan sebagainya.

Bagaimana VentureHaven boleh membantu anda?

VentureHaven akan membantu anda dalam mengendalikan segala hal seperti dinyatakan di atas seterusnya memberi peluang kepada anda untuk lebih fokus kepada perkara yang sepatutnya menjadi keutamaan – iaitu perniagaan anda! Kenalpasti dan dekati kami bagi mendapatkan perkhidmatan yang paling sepadan dengan perniagaan anda. Kami akan membantu melancarkan perniagaan anda!

Termasuk dalam perkhidmatan kami (tetapi tidak terhad kepada):

  • Persediaan dokumen yang diperlukan oleh SSM
  • Carian Nama dan Tempahan Nama syarikat
  • Pendaftaran Nama Syarikat
  • Kompilasi Profil Perniagaan Syarikat
  • Pembukaan Akaun Bank Syarikat
  • Penyata Tahunan – diwajibkan di bawah Akta Syarikat 2016
  • Perkhidmatan Kesetiausahaan Korporat

Selain menyediakan set perkhidmatan yang lengkap bagi membantu menubuhkan syarikat anda, kami memiliki kakitangan yang cukup mesra dan berpengetahuan yang akan membantu dalam memastikan syarikat anda sentiasa mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Kami juga akan memastikan proses penubuhan syarikat dan keperluan laporan syarikat anda mengikut perancangan yang teratur.
Yakinlah, dengan memilih VentureHaven, segala permasalahan berkaitan prosedur dan protokol yang merumitkan akan menjadi sesuatu yang tidak perlu lagi untuk anda fikirkan. Segalanya boleh diselesaikan oleh pihak kami.

Marilah sertai ribuan pelanggan kami yang telah mendapat manfaat daripada perkhidmatan dan khidmat nasihat daripada pakar professional kami, mulakan syarikat anda dengan VentureHaven hari ini, calon yang terbaik untuk pemerbadanan syarikat anda di Malaysia!

Hubungi VentureHaven hari ini untuk pemerbadanan syarikat baru anda di Malaysia

Sebarang pertanyan boleh menghubungi kami

di +60 11-1617 8668

Tiada beban,
Penasihat yang profesional

    Perkhidmatan Kesetiausahaan Korporat bermula dari RM960 setiap tahun Ketahui lebih lanjut

    Perkhidmatan Professional Simpan Kira bermula dengan harga RM1000 bagi setiap suku tahunan Ketahui lebih lanjut

    Gunakan Kalkulator Simpan Kira kami bagi mendapatkan anggaran harga Simpan Kira anda.

    Maklumat dan Sumber-Sumber Rujukan bagi memulakan, menjalankan dan mengembangkan perniagaan di Malaysia.